Isnin, 1 Mac 2010

oh kehidupan

apakah sebegini perasaan yang dialami oleh mereka yang menanti saat untuk di gantung
sungguh perit

Apakah Esok masih ada untuk diriku walahuaklam

semoga akau terus tabah.

aku akan membawa diri entah kemana?

yang pastinya semua dalam kegelapan
Apakah masih ada sinar di hujng terowong?

yang pastinya ia amat gelap

Ya amat gelap sungguh.

hari-hari yang penuh dengan ketidak kepastian


Apakah aku perlu untuk meneruskan kehidupan untuk esok dan hari-hari yang mendatang?
Suatu persoalan yang amat payah untuk dijawab.
Segala yang amat aku sayangi bakal lesap untuk selama-lamanya, apakah kehidupan ini amat kejam ?

Aku teramat goyah untuk meneruskan kehidupan ini, alhamdulillah masih ada sekelumit iman yang masih membenteng diriku dari bertindak tidak menentu.

Ya Allah ampunkan aku, tetapi segala gelodak jiwa ini rasanya tak mampu lagi ku hadpi, aku rasai seolah-olah hidupku ini kosong , dan kekadang aku merasakan bahawa rasanya aku tak mahu meneruskan hidup ini lagi.
Apakah perasaan  yang sebegini  memungkin tidakkan tidak bermoral dan salah sering diambil?
Aku tidak mampu menjawabnya.

Ya Allah  berilah kekuatan pada hambamu ini.

Aku sering bertanya pada diri ini apakah , susur galur kehidupan sebegini di takdirkan keatas diriku?

Kenapa?
dan kenapa?

Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini.

Selasa, 19 Januari 2010

Perutusan tahun Baru




PADANG RAGUT KG. JENALIK HILIR

No. 60, KAMPUNG JENALIK HILIR,
33500 SAUK, KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN
E-Mail Address: bagan_jenalik@yahoo.com



Melangkah ke tahun 2010 dengan penuh keyakin dan harapan yang menggunung.
Assalamualaikum W.B.T.
Saudara yang di kasihi.

Sesi 2008-2010 telah hampir berakhir, dimana kita telah mula mengatur langkah bagi mengapai impian dan harapan, walaupun matlamat dan sasaran yang kita tetapkan masih jauh, namun kita seharusnya berbangga kerana kita telah menapak beberapa langkah.

Sesungguhnya tanah padang rugut adalah merupakan maruah kita, mempertahan dan membangunkan serta memajukan adalah merupakan perjuangan. Dimana dalam perjuangan menuntut pengorbanan dari kita semua.Sesungguhnya perjuangan tidak menjanjikan hamparan permaidani merah.

Sepanjang sesi 2008-2010  pelbagai dugaan dan cabaran telah kita lalui. Adalah diharapkan tahun 2010 kita akan menghayun langkah secara serentak dan bersepadu ,serta lebih pantas bagi mengapai impian dan harapan.

“Hanya orang berani gagal dengan teruk sahaja, yang akan berjaya dengan Cemerlang”

Kita akan bina bahtera merdeka yang kita Namakan Koperasi Usaha tani Kampung Jenalik Hlir.Setelah kita memiliki sebuah bahtera yang dikemudi oleh kaptan dan awak-awak yang berjiwa merdeka ,dengan penuh yakin kita akan melayari ke detenasi yang kita tetapkan dan kita akan harungi ombak dan badai bersama.

Yakinlah saudaraku kita kian hampir dengan saat gemilang,cemerlang dan terbilang.

SEREMBAN, Oct 27.2007 (Bernama) -- The Malay-dominated agriculture community needs to open their minds to a more radical and revolutionary shift to become resilient in creating a strong economic base that can overcome challenges and be even more successful, Agriculture and Agro-Based Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin said today

Kita misti menjadi orang yang berjiwa besar, yakin akan keupayaan dan kebolehan diri sendiri, mempunyai matalamat hidup .

Ayuh saudara-saudaraku kita berganding bahu bagi mencapai cita- cita pertanian suatu perniagaan.Kejayaan projek yang kita lakarkan bergantung penuh kepada kesepaduan dan kesepakatan kita, juga sejauh mana kita sanggup berkorban. Pada ketika tertentu kita perlu meletak kebelakang kepentingan peribadi demi cita-cita perjuangan.

Segalanya terletak dalam tangan kita pada hari ini.

Amirludin bin Yussof

Selasa, 12 Januari 2010

Nasib Kampung ku

mobilasi golongan muda ke badar  manakala kampung  akan menjadi “old folk vilage” atau dengan kata lain ,kampong yang hanya di huni atau didiami oleh golongan orang-orang tua .