Rabu, 30 Disember 2009

Azam Tahun Baru Masihi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Semoga detik-detik waktu yang bakal aku lalaui   dijauhi dari sifat kemunafikan.


dijauhi, dengan kawan -kawan munafik, pertubuhan munafik seterusnya pemimpin munafik.

Sabtu, 19 Disember 2009

Harapan 1430 hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya , iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk kekufuran yang berleluasa dan menggugat keamanan orang-orang yang beriman.

Apabila kurenungi jauh kedalam diri ini,

aku tak layak masuk surga Mu , namun aku tak sanggup ke neraka Mu.

semoga detik-detik waktu tahun baru ini dipenuhi dengan tingkah yang bermanfaat.

Ahad, 30 Ogos 2009

Kenal diri



Apabila ayam lebih arif akan masuknya waktu subuh.



Bagaimana pula dengan diri kita ?





fikir-fikir kan.

Ahad, 28 Jun 2009

Suatu Yang Pasti

Ingatlah Mati!

Bahagia atau tidaknya kita di akhirat sana, sangat bergantung
pada sejauh mana kita melaksanakan amanah dengan sebaik­-baiknya
di dunia sini.
Ingatlah, kita akan mati.

hari dah nak maghrib moh kita ke masjid.
Setiap hari tanpa jemu Allah Yang Agung memberi peringatan tentang waktu-waktu untuk bertemu dengannya....waktu subuh, tengahari,petang,senja dan malam.....saban hari...
Apa yang berlaku, masih ramai yang tidak peduli itu semua....
tidak menghayati tanggunggjawab kepada yang Esa....
masih alpa...
walaupun usia dah nak masuk maghrib....

rumah kata pergi , kubur kata mari

Dah bersediakah kita?

Jawab jangan tak jawab

Sabtu, 16 Mei 2009

Dedikasi buat Guru-Guru ku

Terimakasih Cikgu...

Sesungguhnya dengan tidak mengenal jemu , engkau telah mendidik aku menjadi seorang yang boleh digelar manusia. Engkau tak pernah mengeluh dan berputus asa diatas kelembabpan aku dahulu, Kata-kata keramat yang masih terngiang-ngiangsehingga kehari ini "Belakang parang kalau diasah lama-lama ia akan tajam, inikanpula otak Kamu, kalau kamu bersungguh kamu boleh". Merasa juga aku menapak ke menara gading dan mendapat segulung kertas sebagai kayu pengukur tahap keilmuan. Tiada apa yang dapat ku beri selain doa dan ucapan terima kasih.

Guru Oh Guru (oleh Usman Awang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Khamis, 12 Mac 2009

Perlukah pilihanraya untuk malaysia

Tulisan Tengku Razaligh hamzah

"Baik disoroti dari sudut mana sekalipun, amat jelas betapa kita sudah mula tenggelam punca dan sudah sukar untuk berpegang pada kedaulatan undang-undang. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan terhadap individu tertentu hanya menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kita bukan sahaja tidak menenteramkan suasana malah kita mengapi-apikan ketakutan yang mampu mencetuskan sengketa, permusuhan kaum dan mengganggu-gugat ketenteraman awam. Berlatarkan pakatan lawan yang semakin kuat dan pergelutan kepimpinan dalam UMNO, sukar hendak percaya bahawa langkah-langkah melampau yang dikuatkuasakan itu adalah untuk menangani ‘ancaman terhadap keselamatan negara’ dan bukannya bertujuan untuk mengekalkan penguasaan individu tertentu. Penganiayaan yakni ketidakadilan ialah perbuatan negatif yang paling berdaya kuasa untuk merobekkan dan menumbangkan kemandirian dan kesahan sesebuah kerajaan. Justifikasi karut-marut yang diberikan sebagai alasan bagi beberapa penahanan yang dibuat itu benar-benar telah melenyapkan langsung keyakinan umum – rakyat kini sangsi sama ada kuasa yang mereka berikan melalui peti undi masih berada dalam selamat, yakni dalam tangan mereka yang sewajarnya menjaga amanah itu."


apabila kita soroti peristiwa yang melanda negara kita khususnya perak, ia menampakkan bahawa tiada ertinya plihanraya diadakan.

Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul untuk semua....

Sesungguhnya pada Rasulullah itu merupakan contoh dan ikutan kita.


Benarkah sehingga kedetik ini bahawa Rasulullah itu merupakan idola kita?

hari ini cuba kita kosongkan minda sebentar ,
kita renungi pahit maung yang Rasulullah tempohi demi keselamatan dan kesejahteraan
umatnya.

oleh yang demikian janganlah terlalu berkira untuk berselawat keatasnya.

wasalam.

Sabtu, 28 Februari 2009

Melayu, masa depan yang suram

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan seeara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang meneabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.

Apakah kita masih segan, kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?
Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang

Sebagai renungan kita lihat dahulu statistik pencapaian orang melayu setelah mencapai kemerdekaan selama lebih 52 tahun














Ketuanan Melayu mati

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa kedudukan kepentingan bisnes syarikat tersenarai Malaysia di BSKL Melayu / Bumiputera Cuma menguasai 18.7 peratus, yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang ,kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.
Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa ¬menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh ¬sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lagi mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan

ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana !

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Apa sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?

UNGKU AZIZ: Orang Melayu mesti merasakan rasuah itu sebagai satu dosa. Tetapi masalahnya orang tidak lagi rasa berdosa sehingga ia menjadi lumrah dan orang tidak lagi sedar dia rasuah.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di an tara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (AI Baqarah: 188):

Rasulullah saw bersabda:

'pemberi; rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka'.
(Hadis riwayat al- Thabrani)

bolehlah di simpulkan ia adalah salah kita(masyarakat melayu), kerana terlalu dhaif untuk menilai dalam memilih/menentukan pemimpin.

bak kata bidalan melayu

"Kalau mencari tempat mandi
petama teluk kedua pantai
kalau mencari pemimpin negeri
pertama elok kedua pandai"

ciri yang pertama ialah elok iaitu elok akhlaknya.

cermin-cermikan pemimpin melayu kini.

Apakah mereka layak untuk menjadi pemimpin MELAYU ?

marilah kita fikir-fikirkan.

kita singkirkan pemimpin melayu munafik.
jika tidak orang melayu akan menghadapi masa depan yang suram

Ahad, 15 Februari 2009

Raja Adil Raja disembah,Raja zalim Raja disanggah


Sesungguhnya sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa.

terpanggil pada saya untuk menerbitkan komenter saudara kifli didalam blog ini
untuk kita fikir-fikirkan bersama.

Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.

Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.

Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.

Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.

Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.

Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.

Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.

Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.

Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.


Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.

Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.

Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.

Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.

Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.

Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.

Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.

Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.

Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai.

Tangan-Tangan Durjana


 Indahnya bumi kita ini
Jangan jadi tangan-tangan yang merobek keindahan  bumi !

Masyarakat hari ini berada dalam kekalutan, persoalannya kenapa?

Pada hemat saya kerana tangan- tangan manusia hari ini telah mula menjulang kepalsuan yang cuba untuk dijadikan kebenaran dengan diandalkan kepada nas-nas yang telah dibakul sampahkan.

Semakin mereka berhujah untuk membuktikan kepalsuan itu adalah kebenaran maka semakin terserlahlah kemunafikan.
Hari ini matlamat kehidupan bukan lagi untuk kemakmuran bersama dengan bersendikan rasa kasih dan sayang,tetapi boleh dikatakan secara totalnya menjurus kepada kepentingan perut masing-masing, laksana kehidupan enau dalam belukar.

Manusia telah hilang kemanusiaannya.

Ya telah hilang.

Tangan manakah yang telah mencabutnya?
Jawapannya pada anda.

Jadikanlah tangan-tangan anda , tangan-tangan yang mengembalikan kebenaran dan menghapuskan kepalsuan.
Bersikap jujur terhadap diri dan Allah.


Salam Reformasi
Suara rakyat ,suara keramat

Sabtu, 14 Februari 2009

Rabun dekat


Gajah di seberang laut nampak dengan jelas serta mampu diperincikan.
Kurap ,panau ,sopak dan sakit tokak didada tak nampak pula.

Apa dah jadi kita hari ini?


Rabu, 11 Februari 2009

Semua kerana kasih sayang....

Kita hidup atas muka bumi ini atas dasar kasih sayang. Kalaulah tiada sifat `ArRahman` Allah pasti habis terbakar dunia ni atas kemurkaan Allah. Betapa ramainya orang yang ingkar perintah Allah...subhanallah. Allah masih sayang kita. Justeru itu `pandanglah sini` sekejap....ada perkara yang ingin diutarakan...

Kerana kasih sayang juga aku telah mengahwini seorang wanita yang amat istimewa dalam hidup aku. Dia yang kini bergelar isteri...sanggup bersusah senang atas apa masalah sekalipun....terimakasih. Semoga diberkati Allah sehingga ke syurga...


Kerana kasih sayang juga aku membesarkan tiga orang anak yang paling aku sayangi...aini atirah,aini amirah dan satu-satunya anak lelaki tunggalku abdullah fahem. Walaupun hanya tiga setakat ini...daripada merekalah aku belajar banyak erti kasih sayang....

I
Kerana kasih sayang jugalah....aku dan isteri aku memelihara dua ekor kucing yang kehilangan ibunya. Terpaksa membeli botol susu untuk mereka...sedangkan matapun pada ketika itu belum buka lagi. Kedua-duanya membesar dalam jagaan yang penuh kasih sayang...seperti memelihara anak-anak sendiri lagaknya...itulah` imau dan bulat` Namun begitu `imau` mati kerana menjilat rumput yang baru selesai diracun di halaman rumah. Pemergiannya ditangisi seisi rumah. Tinggallah `bulat` sekarang sebagai lambang kasih sayang sesama makhluk ciptaan Allah.

Kerana kasih sayang jugalah ibu mertuaku di kampung sanggup membela seekor anak monyet yang terpisah dari kumpulannya. Monyet tersebut manja seperti lagak anak orang...mendambakan kasih sayang mereka yang bukan sejenis kaum dengannya........

Namun begitu aku kekadang hairan....tersangatlah hairan. Atas dasar apakah manusia sekarang hidup????Perperangan,pergaduhan,pembunuhan,perebutan kuasa dan entah apa istilah lagi. Sudah terhakiskah semua kasih sayang itu...?????

Jumaat, 6 Februari 2009

Suara rakyat suara keramat



ingatlah,





pilihanraya ke 13 pasti datang





tingkah kalian dalam menjatuhkan kerajaan negeri perak adalah tingkah manusia yang tak bertamadun.






kalian harus ingat bahawa , pemilih kian hari kian terpelajar, hari ini mereka mentertawakan


episod manusia berkiblatkan nafsu serakah .

dan keesokan harinya kalian akan dihukum oleh suara rakyat suara keramat.

Rabu, 4 Februari 2009

Segalanya dalam kenagan

Pernah dulu dikhabarkan bahawa bangsaku gagah dan berani, bahasanya merupakan linguafranca di nusantara. Bangsaku juga merupakan bangsa pedagang. Tapi itu dulu.

Hari ini bangsaku adalah bangsa yang terlalu daif sekali. Tahap pemikirannya terlalu cetek,
tidak lagi mampu menggunakan otak untuk berfikir, segalanya perlu ditunjuk.

fikir-fikirkan.

Ahad, 18 Januari 2009

usia dah nak maghrib


hari dah nak maghrib moh kita ke masjid.
Setiap hari tanpa jemu Allah Yang Agung memberi peringatan tentang waktu-waktu untuk bertemu dengannya....waktu subuh, tengahari,petang,senja dan malam.....saban hari...
Apa yang berlaku, masih ramai yang tidak peduli itu semua....
tidak menghayati tanggunggjawab kepada yang Esa....
masih alpa...
walaupun usia dah nak masuk maghrib....

beriadah

jangan risau anakku kita takkan jatuh!!..........