Isnin, 1 Mac 2010

hari-hari yang penuh dengan ketidak kepastian


Apakah aku perlu untuk meneruskan kehidupan untuk esok dan hari-hari yang mendatang?
Suatu persoalan yang amat payah untuk dijawab.
Segala yang amat aku sayangi bakal lesap untuk selama-lamanya, apakah kehidupan ini amat kejam ?

Aku teramat goyah untuk meneruskan kehidupan ini, alhamdulillah masih ada sekelumit iman yang masih membenteng diriku dari bertindak tidak menentu.

Ya Allah ampunkan aku, tetapi segala gelodak jiwa ini rasanya tak mampu lagi ku hadpi, aku rasai seolah-olah hidupku ini kosong , dan kekadang aku merasakan bahawa rasanya aku tak mahu meneruskan hidup ini lagi.
Apakah perasaan  yang sebegini  memungkin tidakkan tidak bermoral dan salah sering diambil?
Aku tidak mampu menjawabnya.

Ya Allah  berilah kekuatan pada hambamu ini.

Aku sering bertanya pada diri ini apakah , susur galur kehidupan sebegini di takdirkan keatas diriku?

Kenapa?
dan kenapa?

Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan