Sabtu, 28 Februari 2009

Melayu, masa depan yang suram

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan seeara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang meneabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.

Apakah kita masih segan, kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?
Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang

Sebagai renungan kita lihat dahulu statistik pencapaian orang melayu setelah mencapai kemerdekaan selama lebih 52 tahun














Ketuanan Melayu mati

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa kedudukan kepentingan bisnes syarikat tersenarai Malaysia di BSKL Melayu / Bumiputera Cuma menguasai 18.7 peratus, yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang ,kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.
Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa ¬menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh ¬sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lagi mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan

ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana !

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Apa sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?

UNGKU AZIZ: Orang Melayu mesti merasakan rasuah itu sebagai satu dosa. Tetapi masalahnya orang tidak lagi rasa berdosa sehingga ia menjadi lumrah dan orang tidak lagi sedar dia rasuah.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di an tara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (AI Baqarah: 188):

Rasulullah saw bersabda:

'pemberi; rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka'.
(Hadis riwayat al- Thabrani)

bolehlah di simpulkan ia adalah salah kita(masyarakat melayu), kerana terlalu dhaif untuk menilai dalam memilih/menentukan pemimpin.

bak kata bidalan melayu

"Kalau mencari tempat mandi
petama teluk kedua pantai
kalau mencari pemimpin negeri
pertama elok kedua pandai"

ciri yang pertama ialah elok iaitu elok akhlaknya.

cermin-cermikan pemimpin melayu kini.

Apakah mereka layak untuk menjadi pemimpin MELAYU ?

marilah kita fikir-fikirkan.

kita singkirkan pemimpin melayu munafik.
jika tidak orang melayu akan menghadapi masa depan yang suram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan